Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Petua kekal sihat

Assalamualaikum..

kekal sihat adalah idaman setiap orang... oleh sebab ak dah lama tak buat new entry.. biarlah kali ne ak kongsikan petua kekal sihat untuk korang... mudah je,,, cuma kalau baru nak latih diri tu,, memang payah.. tapi kalau bukan sekarang bila lagi nak mula.... semoga bermanfaat untuk semua..


1. Mandi sebelum subuh
dah alang2 bangun nak solat subuh tu.. apa kata mandi terus... banyak tau kebaikan mandi subuh ne.. antaranya dapat mengurangkan risiko darah tinggi sebab mandi subuh boleh melancarkan peredaran darah dalam badan... mai sini nak bisik sikit... boleh menurunkan berat badan tau... tak caya?? cubalah.. tapi kalau dah bangun awl tu.. jangan plak lepas solat tdo balik..*uhuk uhuk... terbatuk pulak*

2. Buat senaman ringkas selepas bangun tidur
apakah halnya bangun2 tidur dah kena bersenam bagai... hahaha... dah semalaman tidur ngadap kipas mestila banyak angin masuk badan... senaman ringan seperti stretching boleh membuang angin sejuk dalam badan tu... so darah dapatlah mengalir dengan lancarnyaa..

3. Jangan skip sarapan
sarapan adalah kunci untuk meningkatkan metabolisma badan kita dan juga sumber tenaga kita untuk menghadapi liku2 kehidupan untuk hari itu,,, cehhh....kalau tak sarapan, masa tengah hari korang berpotensi untuk makan banyak...elakkan makanan berlemak tinggi pada waktu pagi... buat scramble egg ke,, kalau tak sempat sangat apa kata rebus je telur... cecah dengan mayonis.. nyum nyum !

4. banyakkan aktiviti berjalan kaki
apa kata besok pagi yang nak pergi kerja tu parking jauh2 sikit... tak pun kalau office tingkat atas apa kata naik tangga je tak payah nak naik lift... skali skala apa salahnya.. ne nak pergi kedai depan rumah pun nak naik keta.. dah malas sangat dah kaki nak bekerja.. last2 komplen badan naik.. haha.. 

5. Ajar minda untuk selalu berfikiran positif
tolak semua perkara negative yang hanya akan merosakan hati dan fikiran kita.. gosip kosong,umpatan mahupun fitnah sebolehnya elakkan... benda2 macam tu hanya akan rosakkan minda kita... berfikiran positif mampu menentang penyakit yang ada dalam badan..

6. banyakkan minum air
memang banyak minum air sgt baik untuk badan... tapi bukanlah air yang berperisa tu... apatah lagi minuman berkarbonat,,, sangat tak sihat... minumlah air putih... tak kirala air masak ka air mineral... yang penting air yang bebas warna dan perisa... tahukah anda, banyak minum air berperisa menyukarkan kerja buah pinggang kita.. so minum sampai kembung perut, tapi tak kencing buang. tapi bila minum air putih... minum segelas dua... cepat ja nak ke toilet membuang... kerja MR.Kidney pun senang...

7. katakan tidak pada makanan tinggi gula
tahukan anda badan kita kan proses gula dahulu untuk di jadikan tenaga untuk badan.. baki tenaga yang tak digunakan badan akan bertukar menjadi LEMAK ! yaiy ! dah la hari ne makan makanan berlemak.. dah sah sah jadi lemak... dah tu banyak makan makanan manis pulak... menjadi jadi pulak lemak dalam badan,,, kaki pulak malas nak bekerja... semua nak pakai kemudahan... tak hairanla badan dah saiz tong drum.. hahaha

8. luangkan masa untuk bersenam
seminggu 3 kali pun dah ok sangat dah.. tapi kalau buat sehari 30 minit lagi cun ! nak workout kat gym pun boleh.. nak joging kat taman pun bagus.. buatlah cara korang.. janji keluar peluh... tak pun maybe bole try zumba... zumba sendiri je la kat rumah,, on youtube lepas tu ikut je la gerakan dalam tu.. hihi

9. dapatkan tidur yang cukup
sehari at least 8jam,, setiap hari berbilion sel kita rosak dan mati.. hanya dgn tidur saja membantu sel kita utk membiak semula.. selain itu, kita hendaklah dapatkan tidur yang cukup untuk mengelakkan mata panda dan kantung bertan tan melekat kat bawah mata.. haha

sekian....

TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Petua Mudah Kempiskan Perut Buncit

Assalamualaikum

sapa ada masalah perut buncit angkat kening.. tak payah nak angkat tangan ke apa... nnt jiran sebelah tempat duduk dapat tahu.. hahahaha... check it out !



PETUA 1 (Asam Jawa)
Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

PETUA 2 (Daun lidah buaya, asam jawa)
Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.

PETUA 3 (Limau nipis, kapur sirih)
Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.

PETUA 4 (Limau nipis, air)
Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda juga akan beransur turun.

PETUA 5 (Teh Cina, limau nipis)
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

PETUA 6 (Teh hijau, Serbuk kayu manis, madu lebah)
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

PETUA 7 (minyak kelapa)
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Sejukkan, kemudian sapu ke perut. Biarkan seketika selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan setiap hari.

PETUA 8 (kapur makan, daun sirih, minyak kayu putih, limau nipis)

Bagi wanita selepas bersalin yang ingin mengempiskan perut kembali, amalkan campuran bahan ini untuk berbengkung. Campurkan sedikit kapur makan, beberapa helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan sesudu air limau nipis. Sapukan pada perut dan berbengkunglah seperti biasa

* C/P dari FB.. Jom sama2 cuba =D

TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Tips untuk yang bergelar pelajar



  1. mandi wktu pg antara pukul 1pg - 6pg. Pada waktu ini,sangat bagus mandi,kerana ia akan mengurangkan lemak dlm badan.
  2. jika bangun pukul 4 dan ke atas,jangan lagi tidur selepas itu,kerana jika tidur semula,akan melemahkn badan.
  3. sarapan antara pukul 7pg - 7:30pg. Bagus sarapan pada waktu ini kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisme dlm badan.
  4. datang ke kelas seeloknya 10 minit awal atau lebih awal,kerana ia adalah adab, dan mungkin ada keberkatan di situ.
  5. makan tengahari dengan kadar biasa, selepas setengah jam,tidur seketika 10-15 minit, kemudian basahkan kepala untuk kembali segar.
  6. lakukan aktiviti fizikal selepas asar,kerana waktu ini tidak sesuai untuk belajar. Jadi,gunakannya untuk sebarang aktiviti fizikal.
  7. mandi malam lebih kurang antara pukul 6ptg - 6:30ptg.jangan beriadah terlalu lama,kerana ia akan meletihkan badan pada waktu malam.
  8. luangkan masa maghrib-isya` kepada Allah,kerana waktu ini adalah waktu tenangkan minda dengan terapi.
  9. mula study lepas isya`. Hanya ambil masa 30 minit untuk satu subjek, seterusnya subjek lain, sampai cukup 2 atau 2.30 jam untuk setiap malam.
  10. tidur awal,lebih kurang pukul 11atau 11:30 mlm. Kerana pada waktu ini,hormon dalam badan perlukan rehat untuk memproses badan dengan baik.
  11. jangan lupa bertahajud dan qiamullail,kerana inilah ikatan yang kukuh antara hamba dan Penciptanya.

#wallahu'alam moga bermanfaat
C/P
TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

PETUA IMAM SYAFIE


Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim


TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

KAHWIN CARA MELAYU ATAU KAHWIN CARA ISLAM?

Assalamualaikum      

Apa yang ingin dikongsikan adalah sebuah artikel yang menarik tentang perkahwinan muda mudi... Ini adalah kisah seorang gadis yang berfikir di luar konteks minda masyarakat Melayu sekarang...
SYABAS buat gadis tersebut dan suaminya!!! Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya... Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.. Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi dan dibuat sebagai TELADAN bersama.. BACALAH!          **********************************************          Saya berusia 22 tahun,, dan sudah berkahwin... Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun... Juga masih muda. Kami berdua masih belajar... Jadi,, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah,, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?” Perjalanan cinta saya tidak mudah... Sebelum berkahwin,, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih... Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’,, untuk bersedia untuk berkahwin... Hampir 3 tahun,, saya ditinggalkan untuk perempuan lain...
Kecewa…? Sudah tentu... Jujur,, saya hampir bunuh diri... Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar... Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang... Pada mulanya,, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’,, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan,, suami saya melamar untuk berkahwin...

 Pada mulanya,, saya ingat satu gurauan... Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi... Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah... Suami saya pelajar perubatan tahun 3,, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian... Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa,,, takut juga pisang berbuah dua kali...

Akhirnya, kami berkahwin... Dengan mahar RM 200,, sebentuk cincin emas,, tiada hantaran,, tiada majlis,, kami bernikah.. Simple bukan? Kenapa perlu pening? Kalau anda lelaki,, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda...
Dan, kalau anda perempuan seperti saya,, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas)... Perlu tidak? Maaf perempuan,, kalau terasa... Saya bukan jual diri,, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K... Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya... Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu,, bukan cara Islam... Saya perempuan lulusan ijazah,, saya ada tulang 4 kerat,, dan saya boleh berusaha,, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani,, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi. Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi... Hantaran,, majlis,, belum baju,, pelamin... Tapi cuba fikir,, perlu tidak?? Baju raya kan masih ada,, cantik lagi... Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel,, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering,, boleh upah orang masak,, tinggal sediakan bahan dan peralatan... Bersanding tak perlu,, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang... Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding?
Fikir2kan lah sendiri...“Seganlah.... Nanti orang kata apa....” “Isk,, buat malu belajar tinggi-tinggi,, tak dapat hantaran...” Hai,, ni mentaliti Barat... Bagi yang beragama Islam,, ingat rukun nikah...
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting... Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama... Prioritikan penggunaan duit anda... Kos bersalin bukan murah... Kalau di hospital kerajaan,, paling kurang perlu ada RM400-500... Tapi di hospital swasta,, minimum RM2000... Kos ada anak sangat tinggi sekarang... Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang,, anda masih terfikir pelamin itu penting?        

#sama2lah kita renungi        #Kaum Hawa jgnlah kamu bebani bakal2 suamimu          #ada lg ke yg mcm ni skrg???
#kalau ada bsyukur sgt2#

*aku kopi n pasta dri group wechat... something y menarik utk d kongsi.. hehe
TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

BERHATI-HATI DENGAN 4 MAKANAN INI



Mee Segera
Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.

Sardin
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.

Minuman 3 in 1
Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.

Panadol
Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.


Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan....

TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT

7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :
.
1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.
.
2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.
.
3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.
.
4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.
.
5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.
.
6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)
.
Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."
.
7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.
.
Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)
.
P/s :Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah. Amin...
*share dri rakan WhatsApp...
Gambar hiasan



TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

TIP SIHAT SEMASA MENGHADIRI RUMAH TERBUKA

1. Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil.
2. Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan.
3. Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit.
4. Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol, biskut raya , kek , dan sebagainya.
5. Pilih buah buahan yang segar sebagai snek atau pencuci mulut.
6. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek.
7. minum air kosong berbanding minuman berperisa, berkabonat atau minuman yang manis.



TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Malam Istimewa - Nisfu Sya'ban


Rasulullah SAW Bersabda;

"Ada 5 malam yg jika kita Berdo'a takkan ditolak do'a kita,
Malam Jumaat
Malam Nisfu (15   Sya'ban,)
Malam Lailatul Qada
Malam Aidilfitri
 Malam Aidil Adha

Tahun ini Malam 15 (Nisfu) Sya'ban jatuh pd Mlm Jum'at bersamaan 12 Jun 2014 ....Bererti 2 Malam Kemuliaan itu Bergabung menjadi Satu

Pada Malam itu
 Doa kita Insya Allah akan di Ijabah
 Malam Penentuan Nasib (buku amalan kita akan diangkat ke langit dan digantikan dengan buku yang baru)
 Malam penuh Berkah

Para Ulama ahlus Sunnah Wal Jama'ah telah memberi Bimbingan utk membaca surah Yasin 3x utk mereka yg mampu atau membaca surah Al-ikhlas ketika teman2 yg lain sdg membaca surah Yasin

*Bacaan Pertama dg niat Panjang Umur dlm Taat dan Ibadah kpd Allah swt

*Bacaan yg ke 2 niat minta diberi Rezki yg Halal, cukup dan Berkah

* Bacaan ke 3 niat minta diwafatkan dlm keimanan (Husnul Khotimah)

Pada Malam itu segala doa Pasti di ijabah asal berdoanya dgn Ikhlas dan Yakin, kecuali ;
 *Pemabuk
 *Org yg Durhaka kpd org   tua nya
 *Yg memutuskan Tali Silatur Rahmi
* Tukang Tenung, Dukun
Do'a mereka takkan di ijabah kecuali Mereka Bertaubat dgn Taubat Nasuhah 

kawan2... buku amalan kita dah diganti... jom sama2 tingkatkan amalan kita tahun ini... semoga Allah sentiasa melindungi kita dari membuat sebarang kemungkaran... aaminn... tak lama lagi nak puasa... Salam Nisfu Sya'ban dari saya 




TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Watak Si Pemakai Jam

Assalamualaikum...

jom kenali watak seseorang dengan cara dia memakai jam...
pinjam image dri en.google

entry menarik untuk si pemakai jam... adakah anda pemakai jam seperti sy?? pakai jam sebelah mana?? kanan atau kiri?? jom baca kat bawah ne....

Watak si pemakai jam pada tangan KANAN
  • seorang yang keras kepala
  • Seorang yang kuat memberontak
  • Seorang yang tidak suka di arah
  • Seorang yang setia
  • Hati kering (tak kisah apa orang nak kata pasal diri dia)
  • Garang, tapi manja dengan orang yang tersayang
  • Suka menyendiri bila ada masalah.
  • Suka tolong orang lain yang dalam kesusahan.
  • Kalau tak kenal macam pendiam, tapi bila dah rapat, mulut mengalahkan murai.
  • Seorang yang pantang di cabar.

Watak si pemakai jam pada tangan KIRI
  • Seorang yang berhati lembut
  • Anginnya cepat panas dan cepat juga sejuk
  • Dia suka sangat bergurau, menyakat orang sekelilingnya 
  • Dia suka buat lawak bodoh.
  • Seorang yang akan sentiasa senyum bila ada masalah
  • Pantang di cabar tapi fikiran sangat sukar untuk di fahami orang lain (ada perangai yang pelik2)
  • bila marah, suka nak hancurkan benda2 yang ada disekelilingnya, tapi hanya akan marah pada orang yang buat hal dengan dia ja..
dah baca?? korang pakai jam sebelah mana??? saya pemakai jam sebelah KIRI =D
watak2 yang tersenarai kat atas tu kan... mcm banyak yang berkaitan dengan saya.. terutamanya fakta number 3 =D hehe... korang camna pulak?? cer komen sikit =D



TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Petua untuk tidur Lebih Lena



INI PETUA 9 PERKARA UNTUK TIDUR NYENYAK WAKTU MALAM:

1. Jadikan bilik tidur kita lebih baik dari bilik hotel.

2. Usah makan banyak lewat malam.
Tidur pasti tidak nyenyak apabila perut penuh berisi.

3. Pastikan tidur dalam gelap pekat malam.
Tidak banyak cahaya yang masuk mengusik. Tirai dan langsir ditarik tertutup.

4. Beli cadar berkualiti. Semakin selesa kita rasa semasa merebahkan badan semakin nyenyak kita tidur. 5 jam yang nyenyak sungguh membugarkan badan.

5. Usah minum teh atau kopi diakhir perbualan malam. Minum air kosong. Biarlah kita menjadi jenaka orang. Apa yang penting kesihatan badan.

6. Usah tonton TV, terutama berita akhir. Ia racun pada minda.

7. Sebelum tidur ambil nafas dalam dalam dan lepaskan panjang panjang. Ucapkan amalan Rasulullah, manusia pilihan yang jadi pedoman.

8. Tuliskan apa yang kita mahu buat esok pagi. Lihat pada papan visi. Tenung dengan pandangan mata akal. Ia kekal sepanjang masa kita tidur. Mimpikan visi itu telah jadi kenyataan.

9. Pastikan sebelum Isya' kita sudah mandi dan membersihkan badan. Mandi air panas menurunkan suhu badan. Dan kita rasa bersih dan senang. Hidup tenang.
TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

5 tips kurus dan sihat


Tip 1 – Untuk tips pertama ini, anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.

Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.
*****
Tips 2 – Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak.

Alasanya? - Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah  dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu  lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.
*****
Tips 3 – Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.

Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang  sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.
*****
Tips 4 – Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh.

Alasannya? - Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.
*****
Tips 5 – Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus (e.g. limau). Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.
TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Perkongsian Pagi



Assalamualaikum

أقوى ٨ أطعمه لتقوية المناعه وتحطيم الأمراض:
8 jenis makanan yg paling baik mencegah penyakit
الرمان delima
الروب yogurt
الثوم bawang putih
البصلbawang besar
الشاي الأخضرteh hijau
الشوفان oat
القرع labu
البروكليbrokoli
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ثلاثة أشياء تمرض الجسم :
Tiga perkara membawa penyakit
1) الكلام الكثير .banyak bercakap
2) النوم الكثير .banyak tidur
3) الأكل الكثير .banyak makan
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة أشياء تهدم البدن :
Empat perkara merosakkan badan
1) الهم .dukacita
2) الحزن .sedih
3) الجوع .kebulur
4) السهر .tak tidur mlm
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :
Empat perkara menambah seri wajah
1) التقوى .taqwa
2) الوفاء .jujur
3) الكرم .pemurah
4) المروءة .jaga kehormatan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تجلب الرزق :
Empat perkara menarik rezeki
1) قيام الليل .qiamulail
2) كثرة الاستغفار بالأسحار.byk istighfar waktu 2/3mlm
3) تعاهد الصدقة .biasa bersedeqah
4) الذكر أول النهار وآخره.berzikr waktu awal pagi dan petang
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تمنع الرزق empat perkara menjauhkan rezeki
1) نوم الصبح .tidur waktu pagi
2) قلة الصلاة .sedikit bersolat
3) الكسل .malas
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
كلما هممت بفعل معصية تذكر ثلاث آيات:
Setiap kali ingin membuat maksiat ingati tiga ayat
 1-"ألم يعلم بأن الله يرى"
"Tidakkah dia mengetahui bahawa Allah sedang melihat"
 2-"ولمن خاف مقام ربه جنتان "
"Sesiapa yg takut kpd maqam tuhannya baginya dua syurga"
 3-"ومن يتق الله يجعل له مخرجآ“
"Sesiapa yg bertaqwa kpd Allah. Dia jadikan baginya jalan penyelesaian"
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
 إذا أعجبتك هذه الكلمات
 لا تبخل بها على اصحابك واحبابك .. !!
Kalau anda kagum dgn kalimah2 ini jgn kedekut untuk sebarkan kpd kawan2mu dan org yg kau kasihi
TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

#wordless : Doa Mendapat Anak Kembar


malar wordless~ ngehehe...

jangan lupa join segmen saya k,, tamat pada 28 mac 2012


TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers