Petua kekal sihat

Assalamualaikum..

kekal sihat adalah idaman setiap orang... oleh sebab ak dah lama tak buat new entry.. biarlah kali ne ak kongsikan petua kekal sihat untuk korang... mudah je,,, cuma kalau baru nak latih diri tu,, memang payah.. tapi kalau bukan sekarang bila lagi nak mula.... semoga bermanfaat untuk semua..


1. Mandi sebelum subuh
dah alang2 bangun nak solat subuh tu.. apa kata mandi terus... banyak tau kebaikan mandi subuh ne.. antaranya dapat mengurangkan risiko darah tinggi sebab mandi subuh boleh melancarkan peredaran darah dalam badan... mai sini nak bisik sikit... boleh menurunkan berat badan tau... tak caya?? cubalah.. tapi kalau dah bangun awl tu.. jangan plak lepas solat tdo balik..*uhuk uhuk... terbatuk pulak*

2. Buat senaman ringkas selepas bangun tidur
apakah halnya bangun2 tidur dah kena bersenam bagai... hahaha... dah semalaman tidur ngadap kipas mestila banyak angin masuk badan... senaman ringan seperti stretching boleh membuang angin sejuk dalam badan tu... so darah dapatlah mengalir dengan lancarnyaa..

3. Jangan skip sarapan
sarapan adalah kunci untuk meningkatkan metabolisma badan kita dan juga sumber tenaga kita untuk menghadapi liku2 kehidupan untuk hari itu,,, cehhh....kalau tak sarapan, masa tengah hari korang berpotensi untuk makan banyak...elakkan makanan berlemak tinggi pada waktu pagi... buat scramble egg ke,, kalau tak sempat sangat apa kata rebus je telur... cecah dengan mayonis.. nyum nyum !

4. banyakkan aktiviti berjalan kaki
apa kata besok pagi yang nak pergi kerja tu parking jauh2 sikit... tak pun kalau office tingkat atas apa kata naik tangga je tak payah nak naik lift... skali skala apa salahnya.. ne nak pergi kedai depan rumah pun nak naik keta.. dah malas sangat dah kaki nak bekerja.. last2 komplen badan naik.. haha.. 

5. Ajar minda untuk selalu berfikiran positif
tolak semua perkara negative yang hanya akan merosakan hati dan fikiran kita.. gosip kosong,umpatan mahupun fitnah sebolehnya elakkan... benda2 macam tu hanya akan rosakkan minda kita... berfikiran positif mampu menentang penyakit yang ada dalam badan..

6. banyakkan minum air
memang banyak minum air sgt baik untuk badan... tapi bukanlah air yang berperisa tu... apatah lagi minuman berkarbonat,,, sangat tak sihat... minumlah air putih... tak kirala air masak ka air mineral... yang penting air yang bebas warna dan perisa... tahukah anda, banyak minum air berperisa menyukarkan kerja buah pinggang kita.. so minum sampai kembung perut, tapi tak kencing buang. tapi bila minum air putih... minum segelas dua... cepat ja nak ke toilet membuang... kerja MR.Kidney pun senang...

7. katakan tidak pada makanan tinggi gula
tahukan anda badan kita kan proses gula dahulu untuk di jadikan tenaga untuk badan.. baki tenaga yang tak digunakan badan akan bertukar menjadi LEMAK ! yaiy ! dah la hari ne makan makanan berlemak.. dah sah sah jadi lemak... dah tu banyak makan makanan manis pulak... menjadi jadi pulak lemak dalam badan,,, kaki pulak malas nak bekerja... semua nak pakai kemudahan... tak hairanla badan dah saiz tong drum.. hahaha

8. luangkan masa untuk bersenam
seminggu 3 kali pun dah ok sangat dah.. tapi kalau buat sehari 30 minit lagi cun ! nak workout kat gym pun boleh.. nak joging kat taman pun bagus.. buatlah cara korang.. janji keluar peluh... tak pun maybe bole try zumba... zumba sendiri je la kat rumah,, on youtube lepas tu ikut je la gerakan dalam tu.. hihi

9. dapatkan tidur yang cukup
sehari at least 8jam,, setiap hari berbilion sel kita rosak dan mati.. hanya dgn tidur saja membantu sel kita utk membiak semula.. selain itu, kita hendaklah dapatkan tidur yang cukup untuk mengelakkan mata panda dan kantung bertan tan melekat kat bawah mata.. haha

sekian....

TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

1 comment :

Assalamualaikum ~
komen y baik2 k.... tq sebab respon entry saya =)

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers