Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

PUISI : Manusia Kejam


kadang hak diri tak terhormatkan..
kadang kemahuan hati tidak terlaksanakan..
kadang kesakitan jiwa tidak terubatkan..

Kejam !
mahu senang tanpa terusahakan
mahu bahagia tanpa kepayahan
mahu berjaya tanpa mengorbankan

Manusia !
Mudah kau pamer susah kau ukir
mudah kau ungkap susah kau nyata
mudah kau janji tapi susah untuk kau tepati

Apa sebenarnya mahumu?


nukilan hati

TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Puisi : Terima kasih atas ajarmu BULAN

malam ini bulan itu muncul lagi
sekali lagi mendamaikan jiwa yang kian hilang ini
setelah sekian kalinya dibiar usang
bulan itu datang sekali sekala menjenguk sayu
pilu tersuntik di kala itu

malam ini bulan itu berseri
membawa cahaya untuk hidangan sanubari
gelap gelita akhirnya bersinar ceria
kerana bulan itu sentiasa hadir untuk jiwa ini

malam ini bulan itu kembali
untuk bertamu di dalam hati
merungkai kekusutan hati yang tiada hujungnya
memberi tanda bahwa sunyi itu ada penawarnya
hanya masa yang menentukan segala

dan malam ini bulan itu akan pergi
seperti malam malam yang aku pernah lalui
memberi harapan seketika cuma
kerana itu takdirnya Allah
yang bertemu akan berpisah

punah ! 
sama seperti y sebelumnya
namun aku bersyukur
banyak yang aku lalui untuk jadi tegar seperti ini
terima kasih atas ajarmu BULAN

TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Seperti tidak pernah

seperti tidak bermakna apa,
seperti tidak pernah terjadi apa,
seperti tidak pernah kenal siapa,
seperti tidak tahu apa,
kau buat seperti tidak pernah lalui apa apa.

jika hati bisa berkata maka linangan air mata saja yang kau nampak
jika luka hati bisa ketara maka hanya darah merah yang mengalir
 jika retak hati boleh terlihat maka hancur berkecai yang terpapar
jika busuk hati boleh kau hidu maka nanah yang membengkak saja terhidang
kau buat tak tahu saja,kau seperti tak tahu siapa
kau tidak pernah rasa bersalah, hanya mulut yang berkata tapi tidak bermakna.

terima kasih ajar aku erti cinta
erti rindu yang kini menggangu
erti sayang akhirnya terbuang
erti kasih yang tidak ku undang.

senyum bisa terukir untuk sembunyi luka yang terbakar
terbakar dikala semua jadi nyata
nyata yang kau sebenarnya sedang berdusta
dusta yang aku sendiri tidak menyangka
sangkaan ku kau akan setia
setia yang kau lafazkan hanya untuk mengaburi mata
mata yang berharap agar bahagia tercipta

takkan ak tunduk pada cinta itu lagi
cukup sekali tidak sanggup untuk diulangi

nukilan hati :
Alyani Matshah
MARDI2015
11.55 pagi

TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Selamat Hari Ibu


Assalamualaikum


bila ibu dan anak2nya posing ! haha

ibu
walau perih hati mu
kau tetap tabah membesarkan ku
walau sakit tanggungmu
kau tetap kuat melayan karenah ku
walau beribu airmata kau titiskan
kau tetap mahu memaafkan ku

ibu
pengorbanan mu tidak pernah luntur
ketabahan mu tak pernah goyah
harapan mu tidak pernah terpadam
kerana engkau insan termulia
kerana engkau wanita terhebat
kau juga isteri terbaik..

ibu
setiap keringat yang kau curahkan
tidak pernah sekali kau minta balasan
setiap penat lelah yang kau korbankan
tidak pernah kau sesalkan

aku bangga punya ibu seperti mu
aku sayang ibu hingga syurga


serupa ka?mestila... ini la bukti ak anak ibu.. haha





my fruit heart ! haha

Selamat Hari Ibu,
untuk wanita terhebat alaf ini
Puan Rosita Matsaidin

dengan kesempatan ini.. ak turut mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2 di seluruh Malaysia... korang wanita terhebat ! 
ibuuu.... kakak mau makan masakan ibu.. rindu *lap airmata*

ibu suda reply.... uwaaa... mok nangis !




P/s : tahun ne ak tak dpat nak celebrate hari ibu... sedih ! korang buat apa sempena hari ibu kali ne??? share la sikit




TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Nukilan Puisi : Biar Rindu Berlalu


biar rindu berlalu


Bila rindu datang bertamu di ruang hati..
getaran jiwa menusuk kalbu yang kian sunyi..
sakit mencengkam dalam diam aku merintih
ku biar rindu itu tenggelam bersama sepi..
kerana buat dia rindu itu tiada bererti..

ku biarkan rindu berlalu pergi
bersama kasih yang sudah terbuku dihati
kan ku kubur hati yang kian lara..
bersama sayang yang tiada hujung pangkalnya..
agar jiwa tidak gelora sakit
ku pujuk diri agar tidak mati bersama sendu..
kerana cinta manusia tiada sempurna, itu yang pasti..
kerana setia tiada harganya, pada mata yang tidak berhati..
kerana jujur tiada bermakna pada jiwa yang tidak mengerti..
kerana percaya dianggap mudah pada mereka yang sering menyakiti..

ku biar rindu berlalu pergi
seiring waktu luka pasti akan di ubati
biar pedih menikam sanubari
aku redha kerana itu ketentuan ilahi

p/s : tak semua kita nak kita dapat... belajar untuk redha dan terima dengan hati terbuka...
*lama tak berpuisi ne... kalau nak baca nukilan2 yang lain... bole klik SINI

TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Puisi : Bantu GAZA Ya Allah #PrayForGAZA

Dimanakah boleh aku pungut rasa bersyukur?
untuk ak beri kepada mereka yang lalai tentang keamanan..
Dimanakah boleh aku pungut erti perikemanusiaan?
agar boleh ak beri pada mereka yang tanpa rasa bersalah membunuh mereka yang tak berdosa
dimanakah boleh ak pungut rasa tanggungjawab?
supaya ak mampu hulur pada mereka yang berfikiran sempit tentang kepayahan saudaranya..
Dimanakah pula boleh ak pungut erti Keinsafan??
beri pada tentera Israel yang KOLOT tidak mengerti erti sebuah nyawa...

Mengapa perlu wujud perperangan??
sedangkan semua permasaalahan ada penyelesaian
Mengapa perlu wujud permusuhan?
sedangkan persaudaraan itu lebih aman..
mengapa pula perlu wujud pembunuhan?
sedangkan nyawa itu bukan satu perniagaan...


Ya Allah..
Bantulah saudara kami di GAZA...
#PrayForGAZA

TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Puisi : Baba


Siapakah gerangan si garang yang berkaca mata ?
Kenapa dia duduk berduka ?
Uban dirambut tanda lanjut ditelan usia...

Dialah hero kepada anaknya..
Dialah tunggak keluarga sempurna...
Dialah ayah kami bertiga..

Baba...
Biarpun kami keras kepala..
Walaupun kami bantah tak kira..
Meskipun kami minta y tiada...
Kau tetap ada untuk kami sentiasa...

Baba.... 
Senyum tawamu bagai permata berharga..
Dalam guraumu penuh bermakna...
Namun dihati kami,kau tetap perwira...

Baba...
Andai kami terlebih bicara..
Andai kau terguris meniggalkan luka...
Merasa diri kami telah dewasa..
Membantah yang tak sepatutnya...
Melakukan yang tak kena..
Lari dari landasan yang kau sedia..
Hanya maaf yang kami nak minta...
Ketulusan doa yang kami harapkan..
Kasih sayang berterusan kami dambakan
Terus menerangi jalan bila kami sesat...
Sentiasa mengingatkan bila kami alpa...
Menenangkan jiwa bila kami resah gelisah..

Baba... Kau hero kami...
Kau pelindung kami...
Semoga Allah merahmatimu..
Memurahkan rezeki mu...
Panjangkan umurmu...
Permudahkan urusanmu..
Menjaga iman dan amalmu...
Agar engkau bisa jadi hero untuk ank mu.. Hingga ke syurga....
baba ama c adik


baba ama c abg

baba ama c kakak

baba sekeluarga


Baba... Kami sayang baba... Selamat Hari Bapa...

notakaki : kami panggil hero kami baba,,, korang pulak?? share la...

TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

#Pray4MH370

*sumber gmbr dari wassup*


jika takdir untuk berpisah.. tunjukkanlah satu petanda..
jika takdir untuk bersama.. kembali la pada tersayang..
jangan biar hati tertanya.. kenapa pergi tanpa berita..
jangan biar jiwa merana.. kerana hilang entah kemana..
andai engkau telah menjemputnya.. berikan kami petunjuk nyata..
andai ujian yang engkau beri.. kami redha bersama hati..
merana hati merindu tuan, kerna dia tak kunjung datang..
merana jiwa mengingat teman, kerana hilangnya tidak bertanda...
sekiranya tercalar, tinggalkanla tanda..
sekiranya terguris, katakan dimana..
sekiranya ada disini, tunjukkanlah wajah..

Laut biru kepunyaan y maha Kuasa..
Langit itu tinggi ciptaan y maha Agung..
Bumi itu indah lakaran yang maha Esa..
Hanya engkau y lebih tahu dan penentu...
semoga mereka selamat sahaja...
ku hanya mampu berjuang dengan sekalung doa...
#Pray4MH370

*ada beberapa fakta y perlu kita tahu berkenaan Boeing 777 (pesawat MH370)... boleh baca kat SINI

TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Mata Hati

*Mr.Google yang sponser gambar =)

kenapa hati tak bermata?
mungkin bila bermata tak kan ada rasa kecewa,
tak kan ada pilu menyinggah,
tak kan mungkin sakit bertandang jiwa.

kenapa mata tak berhati?
mungkin bila berhati tak mampu lihat yang susah,
tak mampu hadap sesuatu yang murka,
tak kan mampu melihat saja,

mata perlukan hati,
hati juga perlukan mata,
agar teguh iman didada,
untuk anggota mencari redha.



TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

puisi : Ada apa dengan cinta?

hati hanya mampu berbisik pedih
ketika fikiran menjadi riuh memikir nasib
ada apa dengan cinta??
sekadar nafsu syaitan durjana
atau perasaan yang indah ketika ini?
adakah mampu perasaan ini bertahan dan mengenyangkan perutmu?
menidakkan yang benar dan membenarkan yang tidak?? 
adakah itu yang di namakan cinta??
siapa pencipta mu? cintakah engkau padanya?
ah ! jika hanya pada kata2...
semua lidah mampu bicara,,,
tapi tak semua hati membukti erti...
cinta mana lebih sempurna?
cinta Dia atau pun siapa?
cinta agung atau yang hanya menanggung?
hidup semakin di kejar semakin jauh...
akhirat semakin dekat semakin indah,,,
wahai hati..
engkau raja tentera tubuh ini..
semoga engkau masih putih... 
agar bisa cinta ilahi yang lebih tinggi


TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

puisi : malam

malam ini...
ak buka langkah menghadap bulan..
melihat sejarah hari ku tadi...

malam ini...
aku berlari kearah cahaya..
mencari sesuatu yang telah lalu...
malam ini...
aku tunduk pada embun..
sedar bahawa yang itu telah pergi..

malam ini...
aku rayu pada bintang..
agak tidak ku ulang sepi...

esok..
tak ku ulangi yang berlaku malam ini...
agar ak sentiasa muhasabah diri...
p/s : jangan ratapi yang telah lalu... hadapi hari ini dengan semangat baru

TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers