Nukilan Puisi : Biar Rindu Berlalu


biar rindu berlalu


Bila rindu datang bertamu di ruang hati..
getaran jiwa menusuk kalbu yang kian sunyi..
sakit mencengkam dalam diam aku merintih
ku biar rindu itu tenggelam bersama sepi..
kerana buat dia rindu itu tiada bererti..

ku biarkan rindu berlalu pergi
bersama kasih yang sudah terbuku dihati
kan ku kubur hati yang kian lara..
bersama sayang yang tiada hujung pangkalnya..
agar jiwa tidak gelora sakit
ku pujuk diri agar tidak mati bersama sendu..
kerana cinta manusia tiada sempurna, itu yang pasti..
kerana setia tiada harganya, pada mata yang tidak berhati..
kerana jujur tiada bermakna pada jiwa yang tidak mengerti..
kerana percaya dianggap mudah pada mereka yang sering menyakiti..

ku biar rindu berlalu pergi
seiring waktu luka pasti akan di ubati
biar pedih menikam sanubari
aku redha kerana itu ketentuan ilahi

p/s : tak semua kita nak kita dapat... belajar untuk redha dan terima dengan hati terbuka...
*lama tak berpuisi ne... kalau nak baca nukilan2 yang lain... bole klik SINI

TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

4 comments :

Assalamualaikum ~
komen y baik2 k.... tq sebab respon entry saya =)

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers