mampukah?

Assalamualaikum..

mampukah?? tak tau lah mampu ke tidak... dulu ye la... badan kecik2 molek je,,, ringan je nak lari sana sini... sekarang ne dah besar gajah *mcm over jew mcmna nak mampu??

alkisah... hujung minggu ne ada Kejohanan Sukan dan Padang UITM 2015 yang bakal diadakan di trek sukan UNIMAS.. apa kena mengena dgn ak?? kalau nak di ikutkan, memang tak da kaitan dengan ak... tapi benda berkait bila ak pun tersenarai sebagai peserta dengan tidak sengaja *boleh pulak tak sengaja ... bak kata si Loi "BELA' AK" hahaha...oleh kerana semangat kesukanan masih membara dalam diri ini... akan ak gagahi juga... walaupun training tak sampai seminggu...

ewah2 ! gaya berbahasa mcm orang harapan pulak kan?? tak la... sukan ne antara fakulti je... seram wei ! kat sini ada student sains sukan... memang confirm2 fit... nak di bandingkan dengan ak ne... dah la badan tak se'slim' dulu, stamina pun ke laut, jgn mimpi la nak bawak balik medal *sebenarnya aku kepingin juga... 

acara ?? mcm biasa.. acara dri zaman sekolah lagi... memang favourite la konon.. lompat jauh dan 100M... yang tak bestnya.. kena paksa *sapa paksa?? ikut 200M juga... mmg masakla ak.... semput oiii ! mmg acara tu ak tak suka nak ikut dri dulu2... dah la kena pecut,,, jauh plak tu,,, kalau 100M pun 30M terakhir ak dah nak give up... apakah lagi 200M... tak pa la.... cuba je.. tak cuba tak tahu kn?? ne semua bahana kekurangan athlete... last2 nama ak juga y masuk tanpa pengetahuan ak.... ne blom tengok senarai peserta ne... harap2 la nama ak tak sesat kat mana2 lagi,, penat ooiii !

nampak tak jadual kat atas?? mana satu aku nak fokus ne?? acara pertama blom habis acara ke2 dah nak start,,, mahunya pengsan ak nanti,,,, tolonng ! apa nak buat ne?

semoga aktiviti ini berjalan lancar... jgn sempat ak pengsan sudahla.... doakan ak ya kawan2....
lots of LOVE 
MMMMUUUAAHHHH!


TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

7 comments :

  1. gud luck.. semoga berjaya :)

    ReplyDelete
  2. 7.30 pagi lompat jauh, pukul 8 pagi dah 100m. Haiya, fengsan woo ini macam. Buat awak: semoga bertabah ye. Go go chaiyok! :)

    ReplyDelete
  3. harap u dpt pecahkan rekod olimpik Usin Bolt ^^
    hahahhahahahhaa.....lepas nih slim macam galah laaaaaa..lepas abis satu acara,kena g kat acara lain plak.......hehehhehee...nasib badan..........anyway good luck .......support u..lari laju laju macam kena kejar kat anjing gittew..hehehhehee...kalah menang lain kira....thumbs up (Y)

    ReplyDelete
  4. waa atlet...saya dari kecik sampai ke beso cuma tgk org bersukan saja, duk tepi padang bawah kemah sambil jinjing air batu bungkus =P

    ReplyDelete
  5. kalau nama dah tersenarai, means ada potensi la kan. good luck.

    ReplyDelete

Assalamualaikum ~
komen y baik2 k.... tq sebab respon entry saya =)

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers