Mee Segera
Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan
keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan
oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama.
Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak
makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya
kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda
makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam
perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa
maut.
Sardin
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai
bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di
dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak
ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu
ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis
bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila
kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada
benign atau malignan.
Minuman 3 in 1
Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang
minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap
lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak
10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat
55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20
gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula.
Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini
ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.
Panadol
Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia
akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia
selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis
“painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang
kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia
kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat.
Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit
yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol
atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan
memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan
ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.
Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari
makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain lain
yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak
duit yang kita kena keluarkan....
yg mee segera tu susah sikit. sebab kadang2 mmg addicitive. hehe. dan senang nak masak. Yang minuman 3 in 1 tu pandai2 je la tengok kandungan gula. Dan kena jaga juga pemakanan yg lain
ReplyDeletesetuju!!!
ReplyDeleteNajlaa 'Aqilah
wainaaa
ReplyDeletebaru teringin nk makan megi japgi,,hehe
ReplyDeletecancel, cancel...haha
Saya setuju apabila semua makanan dan obat, kita harus hati-hati. Panadol yang mengandung paracetamol memang toksik terhadap Hati dan Ginjal. maka dari itu, harus sesuai petunjuk dokter
ReplyDeletesardin sedap T.T
ReplyDeleteseramnya..saya penggemar minuman 3 in 1 ='(
ReplyDeletenewmember#723