Showing posts with label info semasa. Show all posts
Showing posts with label info semasa. Show all posts

Petua Mudah Kempiskan Perut Buncit

Assalamualaikum

sapa ada masalah perut buncit angkat kening.. tak payah nak angkat tangan ke apa... nnt jiran sebelah tempat duduk dapat tahu.. hahahaha... check it out !



PETUA 1 (Asam Jawa)
Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

PETUA 2 (Daun lidah buaya, asam jawa)
Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.

PETUA 3 (Limau nipis, kapur sirih)
Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.

PETUA 4 (Limau nipis, air)
Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda juga akan beransur turun.

PETUA 5 (Teh Cina, limau nipis)
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

PETUA 6 (Teh hijau, Serbuk kayu manis, madu lebah)
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

PETUA 7 (minyak kelapa)
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Sejukkan, kemudian sapu ke perut. Biarkan seketika selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan setiap hari.

PETUA 8 (kapur makan, daun sirih, minyak kayu putih, limau nipis)

Bagi wanita selepas bersalin yang ingin mengempiskan perut kembali, amalkan campuran bahan ini untuk berbengkung. Campurkan sedikit kapur makan, beberapa helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan sesudu air limau nipis. Sapukan pada perut dan berbengkunglah seperti biasa

* C/P dari FB.. Jom sama2 cuba =D

TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Tips untuk yang bergelar pelajar



  1. mandi wktu pg antara pukul 1pg - 6pg. Pada waktu ini,sangat bagus mandi,kerana ia akan mengurangkan lemak dlm badan.
  2. jika bangun pukul 4 dan ke atas,jangan lagi tidur selepas itu,kerana jika tidur semula,akan melemahkn badan.
  3. sarapan antara pukul 7pg - 7:30pg. Bagus sarapan pada waktu ini kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisme dlm badan.
  4. datang ke kelas seeloknya 10 minit awal atau lebih awal,kerana ia adalah adab, dan mungkin ada keberkatan di situ.
  5. makan tengahari dengan kadar biasa, selepas setengah jam,tidur seketika 10-15 minit, kemudian basahkan kepala untuk kembali segar.
  6. lakukan aktiviti fizikal selepas asar,kerana waktu ini tidak sesuai untuk belajar. Jadi,gunakannya untuk sebarang aktiviti fizikal.
  7. mandi malam lebih kurang antara pukul 6ptg - 6:30ptg.jangan beriadah terlalu lama,kerana ia akan meletihkan badan pada waktu malam.
  8. luangkan masa maghrib-isya` kepada Allah,kerana waktu ini adalah waktu tenangkan minda dengan terapi.
  9. mula study lepas isya`. Hanya ambil masa 30 minit untuk satu subjek, seterusnya subjek lain, sampai cukup 2 atau 2.30 jam untuk setiap malam.
  10. tidur awal,lebih kurang pukul 11atau 11:30 mlm. Kerana pada waktu ini,hormon dalam badan perlukan rehat untuk memproses badan dengan baik.
  11. jangan lupa bertahajud dan qiamullail,kerana inilah ikatan yang kukuh antara hamba dan Penciptanya.

#wallahu'alam moga bermanfaat
C/P
TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Wanita !! Berhati-hatilah

assalamualaikum..

makin merisaukan masalah jenayah sekarang ne... manusia sudah hilang perikemanusiaan...


ngerila tengok pic kat atas ne... dah tak ada cara lain ke nak cari rezeki... potong manusia mcm potong ayam je.... siap simbah dgn air panas lagi tu...  sama ka nilai manusia dgn ayam skrg ne?? 
buat kaum hawa kat luar tu... termasuk diri ini... semoga kita lebih berhati2..  kalau nak kemana2... pastikan berteman... kalau jalan bersendirian... pastikan anda jalan dekat kawasan yang tidak sunyi.., yang ramai orang boleh membantu jika kita perlu pertolongan... malang tak berbau... 
walau dimana pun kita berada... semoga kita berhati2 dan sentiasa di lindungi....


Sedikit perkongsian bersama yang saya petik dari fb post seorang rakan... jika nafsu mulai kuasai diri untuk buat sesuatu yang haram... sentuhlah dada dan sebut ' INNI AKHAFULLAH'
semoga Allah melindungi kita.. INSYAALLAH



TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Sapa tahu WhoAHH.com ?

Assalamualaikum...

awal pagi dah ak semangat update blog kn?? haha.. sebab ak exited nak korang join WhoAHH.com ne..
apa tu WhoAHH.com?? okai... mai sini dtg dekat2.. ak cita kat korang,,,

WhoAHH.com ne sebenarnya adalah satu website untuk kita kumpul point.. pastu redeem dengan barang..
barang apa?? mcm2... antaranya~ barangan elektronik, pendrive, barangan dapur, baucer KFC/Tesco/Pizza, topup pun ada, yang paling buat sy exited.. tu hah... Samsung camera pun ada... tgok ne..
Coffee machine pun ada =D 

Sapa nak powerbank??


sapa tak rambang mata nampak benda ne ?? semakin bersemangat ! hehe

nak topup pun ada .. dari RM5 - Rm30..

Rambang mata kn tengok barang2 y bole d redeem tu... korang tak nak ka?? haha...
daftar la sekarang kat SINI...

sebelum tu.. korang kena kumpul point sebanyak y boleh la... hanya jawab soalan2 yang mudah je... kadang2 dy nak korang klik link ja.... dah dpt 10 point... senang kn??
kalau salah tak pa... boleh ulang sampai betul.. tak kurang point pun... mudah kn?? 
sekadar ingin mengisi masa lapang... sambil dapat hadiah... kan best camtu... hehe...
kalau nak tahu jawapan... bole tanya saya kot... maybe kita ble share2 jawapan... hehe.. tp jangn risau.. soalan dy semua dah ada kat sana.. tinggal kita cari ja... 
ok korang... ak nak start projek bersih membersih kat rumah ne... hehe... dada didi dudu~ 
jumpa kat next entry ya =D


TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Istimewanya Wanita

"Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya derhaka pada suami. Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri.?" Jawapan Ustaz : "BERDOSA juga lah. Cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditanda Malaikat sbgai derhaka pd Allah SWT." Kerana isteri,rezekimu bertambah. Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu. Kerana isteri, makan pakai mu dijaga. Kerana isteri, tenang hati mu. Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu. Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya. Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah stiap pngorbanan mereka, walaupun kecil dimata mu, ianya besar bagi dirinya. Setiap peluh yang menitik, yang dikerja untuk keluarganya, stiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami. renungan sepintas lalu... 

Mengapa WANITA sering menangis? 
Jawab Tuhan : Kerana WANITA itu unik. Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa. KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya, KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman, KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia, KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah, KU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yg disayangi. WANITA makhluk kuat. Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU beri air mata utk membasuh luka batin
memberi kekuatan baru. WANITA sangatlah istimewa...suami seharusnya
menghargai WANITA dan  tau bahwa WANITA.....ciptaan Tuhan yg istimewa..

caption wanita
amin ya Allah... semoga jodoh y engkau takdirkan untuk ku.. adalah jodoh y boleh membimbing ak kearah MU =)


TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

#wordless : Doa Mendapat Anak Kembar


malar wordless~ ngehehe...

jangan lupa join segmen saya k,, tamat pada 28 mac 2012


TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

#Wordless - Something that we need to know ~





P/S : Ignore model tak berbayar tu... hehe

rasa2 mcm nak buat bloglist la... urm... nak bt segmen nnt... ada y nak join ke??

TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Bapa kencing berdiri, anak kencing berlari

 ~Assalamualaikum~
bicara tentang pepatah diatas..

anak yang lahir ibarat kain putih, ibubapa yang bertanggunjawab untuk mencorakkan anak2 itu.. jika biru yang dicorakkan.. maka.. birulah ia,,, jika hitam coraknya..maka hitamla ia.... tapi jangan lupa tentang pepatah ini ' jika bapa kencing berdiri.. anak kencing berlari'... adakah benar pepatah itu?? renung renungkan selamat beramal =)

berbuat baiklah kepada anak2... 

siapa saya untuk bercakap tentang ini??? saya bukan siapa2... walau saya belum berkeluarga.. 
tapi saya rasa oren.. kesedaran dalam kalangan ibubapa dalam negara ini tentang hak anak2 adalah kurang..
sedih saya bila setiap hari... pasti ada selitan akbar tentang penderaan atau pembunuhan anak...
anak tu apa?? haiwan peliharaan ka?? atau bunga dalam pasu??? 
ingatlah... anak itu anugerah~ bukan bebanan... coraklah dengan warna yang indah...
in sha Allah.. Allah akan membalas kalian dengan balasan yang setimpal... mungkin sekarang dia beban bagimu... mungkin masa depan... dialah segala galanya untukmu.... 
"what u give, u will get back"

TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Bahaya Tidur Dalam keadaan Lampu Menyala

Assalamualaikum ~
Selamat Pagi =)
Wordless entry kali ne... jum baca kat bawah ne..


jum amalkan tdo dlm keadaan gelap..... best... !! hahaha


TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Isu dalam akbar

Assalamualaikum=)
selepas tgok Ariana Rose kat tv3 ptg td.. sya belek2 la album kat fon saya... banyak sangat gambar yang nak saya share sejak beberapa hari lalu.. tp sering tiada masa kerajinan...hehehe...
so,, mlm ne saya nak share sal satu isu dalam akbar tempatan yang saya sempat snap...



 ok... sekarang ne.. sgt meluas penggunaan smart phone kn?? tak kirala phone jenis apa... Iphone, Xperia,Samsung etc... terutamanya phone yang ada android.. banyak sangat perisan Al-Quran dlm tu.. saya pernah download satu perisian camtu... tapi  ragu2 dengan susunan ayat d dalam nya.. last2 saya uninstall... kan lebih baik kita pegang Al-Quran y sebenar... kan ble tambah pahala =)
aplikasi2 dlm tu... jgn pecaya sgt kot... berhati2 jika nak download k.

.*saranan je*







TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

TheWeeklyPay.com dan sekutu dengannya

Assalamualaikum =)

suspen tak ? suspen tak? mesti nak tahu kan apa sebenarnya ne?? benda alah ne.. menyuruh kita sebarkan link iklan dan kumpul duit berupa USD... wow !! nak tukar dengan RM kaya wooo... mata pun terus bertukar kachiiing kachiing ~ haha ok2... kali ne .. biar gambar berbicara...


siapa kenal benda ne??? saya pun dah jd ahli,, *nyesal !

saya dah dapat ne... banyakkan... cuba convert p RM... nah... dah tak payah kerja.. duk dpn laptop sebar link dan minta klik je la... pon bole kaya...

Link ne la y saya duk sebok2 hebahkan minta simpati rakan2 untuk klik.. haha..

DAh approve ! wow ! bestnya... kaya2 ! tpi kena jawab servay lg la... xpa2... sabar~ klik servay~dan y kuar??


jeng jeng !dy suruh bukti kan y im not human~ dah hari2 ak share link.. pastu sebar2 minta kawan lain join gak...ko ingat ak bukan human? takpa2.. sabar... so... klik la tu IQ servay..


ak jawab la soalan2 mengarut ne... dah tu... exited la.. soalan dy senang2.... lepas abis soalan apa y kuar???

ni hah !! apa ke bengongnya nak minta nombor fon ak??? dah ak jwb soalan2 engkau.. nak apa lagi?? dlm hati... takpa Alyani.. Positif.... bukan senang dia nak kasi duit free.... dah tu...dia minta ak plak y msg dy...untuk melanggan... amboi,,, banyak cantik.. ak ne minta duit dri engkau... y minta ak langgan game2 mengarut kau tu bt pa???

dah tu.. dah tunggu,, sampai berjam2... tetap camne... aiyaaa !!

dan pada suatu malam yang sepi ~*mcm cerita seram la pulak

tengah2 best layan cerita Ariana Rose... tiba2 dpt msg wassup dri my friend y kenalkan benda ne... dia cakap... benda ne menipu... dia saja nak buat kita langgan game.. n amik kredit kita setiap hari RM2 hingga RM5.... amboii.... senangnya kerja,,, dah tu?? duit ak bila nak kasi??? buang masa n buat malu ak jak !!
so.. pengajarannya.. jgn la tertipu dengan benda2 camne.....ak sikit lagi nak kena.. nasib bek ada kwn ingatkan,,,, hahaa....

beringat sebelum terkena.... dan ingatla ~tak semudah itu orang nak bagi kita duit~ hehe..
daripada korang sibuk2 promote benda tak berfaedah tu... baik korang tolong klik iklan 8share ak ne...
nak daftar 8share??? bole2..klik SINI... kalau nak tau lebih,,, comment je,, nnt ak ble explain =)
tinggalkan link iklan anda skali,,, nnt ak tolong klik jugak.. hehe... Thanks =) 


*tunggu sampai loading habis tau.. hehe

TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Pemberontakan di Kota Kinabalu semalam

fine ! tak suka sangat nak bincang sal hal ne... tapi ini adalah sesuatu yang sangat serius... ! soal keamanan dan kedamaian negara... terutamanya negeri kesayangan da kelahiran saya SABAH ! ok... semalam ada desas desus yang mengatakan bahawa ada kumpulan remaja yang mungkin diarahkan/dibayar untuk membuat satu kacau bilau atau gangguan d kota raya Kota Kinabalu... kurang pasti akan kesahihan berita ini,.. tapi bila nampak gambar 

 ini !

 ini lagi !

sapa tak takut??? ini mungkin kerja budak nakal yang sengaja buat org ramai panik ~ banyak sangat berita sy dapat di facebook la.. twitter la,, ne yang terbaru.. gambar2 ne.. saya dapat dalam group wassup ~ tolong lah jangan buat andaian yang bukan2... kita percaya seja la dengan angota keselamatan negara kita ni,,, tak mungkin dorang nak biarkan benda2 macam ne,,, kita sebagai orang awam... jangan lah sengaja nak buat andaian yang bukan2.... kita biarkan saja polis yang bertindak k??

*kita doakan saja.. semoga Allah tidak menarik kembali nikmat keamanan negara kita ne*
saya sayang MALAYSIA~ saya sayang SABAH

TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers