Resipi Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum..

kali ne nak share resipi tanpa gambar.... lupa nak ambik gambar sblm melahap...
bila dah depan mata... amboi... dah tak ingat dunia... terus d terkam masuk mulut...hehe..

Bahan-bahan untuk 10 bahagian kepak ayam :

Bahan yang di kisar :
  • 8 biji bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • sebiji bawang besar
  • 2 inci halia dan lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup (boleh juga kalau nak guna kunyit serbuk,,, masukkan 2 sudu makan)
  • 2 batang serai (hiris kasar sebelum masuk dalam blander)
  • 15 biji lada kering ( rebus sebelum kisar, lebih baik jika d blander asing2)/ boleh digantikan dengan serbuk cili 
Bahan kering :
  • 2  sudu besar serbuk kari ayam.
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar.
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih dan jintan manis
  • beberapa helai daun limau kasturi di carik halus(boleh ganti daun kari)
  • garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan :
  1. Cuci ayam dan toskan.
  2. Gaulkan sebati semua bahan2 kisar dan kering
  3. Perapkan sekurang2nya 1 jam. Lebih sedap jika diperap semalaman dalam peti sejuk .
  4. Panaskan minyak dan goreng sehingga ayam nampak kekuningan... dan angkat...
nota kaki :
  • semasa menggoreng.. kecilkan api.. biarkan api dlm suhu sederhana... dan dibalik-balikkan..
  • tutup kuali anda agar ayam masak lebih cepat dan sekata..
  • selepas selesai gorengan pertama.. pastikan angkat sekali rempah2 yang ada dalam minyak itu agar gorengan seterusnya tiddak berasa pahit dan hangit.
Selamat mencuba =D

TQ sudi baCa.. jgN luPe koMen taU =)

2 comments :

Assalamualaikum ~
komen y baik2 k.... tq sebab respon entry saya =)

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers