Semua x menyangka, perginya secepat itu. Hidupnya seperti tiada sesiapa. x beristeri atau beranak.. Padahal dia sudah berkeluarga. Bukan kerana anak2 dan isterinya membuangnya, tetapi kerana dirinya sendiri. Lebih memilih untuk hidup sendiri berbanding menyusahkan hidup anak2nya.
Pada mulanya dia seorang yang bukan beragama islam. Selepas dia bertemu jodoh, dia telah menganut agama suci ini. Selepas perkahwinan itu, dia d kurniakan 3 orang cahaya mata. Sebelum itu, istrinya pernah berkahwin sebelum dengannya, maka, dia mempunyai seorang anak tiri.
Hidupnya bahagia bersama isterinya dan anak2nya. Tetapi, itu hanya sementara, akibat ketagihanya semasa muda yang selalu meminum arak. Akhirnya dia di pinggirkan. Isterinya memberi kebenaran kepadanya untuk menikahi perempuan lain tuk menjaga makan minumnya. Selepas itu, dia hidup bersama isteri keduanya.
Selepas itu, dia hanya berkesempatan untuk bertemu anak2nya apabila hari raya menjelma sahaja. Masa yang lainnya, anak2nya sibuk dgn keluarga masing2. Anak2nya bukan niat untuk membuang atau menjauhinya. Tetapi, anak2nya malu dengan sikapnya suka meminum arak dan suka berjudi itu. Tabiatnya itu makin menjadi2 tahun ke tahun. Oleh kerana itulah, anak2nya x suka memberinya duit berlebihan, duit itu akan lebih menjauhknya dari Tuhan yg satu. Jika dia amat memerlukan, barulah anak2nya akan membantunya. Dia seakan2 x dipedulikan oleh anak2nya itu. Hanya waktu dia memerlukan sesuatu bantuan atau ada majlis d rumah mereka, barulah c ayah ini muncul d hadapan anak2, menantu n cucu2nya.
Kini dia sudah pergi. Kepergiannya sangat x disangkakan. Pada suatu malam, ketika dia bertugas sebagai pengawal keselamatan d sebuah kilang. Dia terjatuh dari bangunan tempat dia berkerja malam itu. Dia dihantar ke hospital oleh rakan2nya. Semasa akhir hayatnya, x ada seorang pun yg d sayanginya berada d sisi. Saat dia berhadapan dengan malaikat maut, xda sesiapa yg berada d sampingnya.
Pagi itu, anak2nya d beritahu akan kejadian pada malam itu, anak2nya bergegas ke hospital untuk bertemu dengannya. Salah seorang dari anaknya ingin menukarkannya ke hospital swasta yang lebih baik perkhidmatannya, agak ayah mereka mendapat penjagaan yang lebih rapi. tapi malangnya, tiada seorang pun dari anaknya sempat bertemunya dengannya saat kematiannya. Kejadian itu amat memilukan hati ke empat2 anak2nya.
Semasa hidupnya, satu yang anak2 x pernah tau tentang dirinya. Dia x pernah memburukkan anak2 atau menantunya. Dia selalu memuji2 anak n menantunya. Dia sering menyalahkan dirinya tentang perpecahan keluarganya. Dia tahu anak2nya sangat menyayanginya, dia sering mengatakn tentang kebaikn anak2nya. Sebelum pemergiannya, dia ada mengatakn kepada rakan2 karibnya bahawa dia ingin segera bertaubat, memulakan hidup barunya. Dia akan melupakn tabiatnya yg suka meminum arak n berjudi itu. Dia ingin mengumpul duit dan membuat satu pesta keluarga untuk mengumpulkn anak2 n menantunya. Sebelum hari pemergiannya dia telah nenbuat satu akaun bank untuk memulakan niatnya itu. Tapi, Allah lebih menyayanginya. Dia pergi sebelum sempat melihat wajah anak2nya.
Upacara pemakamannya d lakukan dengan lancar sekali. Tanpa ada sebarang masalah. Alhamdulillah, semoga Allah menempatkan dia dalam kalangan hamba2nya yg beriman. Semoga Allah menerima taubatnya.
Ya Allah,Ya Tuhan ku,
Sesungguhnya Engkau Tuhan yg Maha Agung,
Ampunilah dosa2nya yg telah lalu,
Tempatkanlah dia dalam kalangan hambamu yang beriman,
Hindarilah dy dari siksaan malaikat Mu d kubur Ya Tuhanku,
Terimalah taubatnya,
Ampunilah dosanya,
Tempatkanlah dy d sisimu Ya Allah.
aamiin ya Robbal Alamin
~AL- FATIHAH~
p/s: wahai anak2 yg soleh, hargailah org tuamu selagi mereka bernyawa, walau bagaimanapun sifat mereka, hormatilah n hargailah mereka. mungkin ada hikmah d sebalik kesabaranmu. Doakan semoga mereka mendapat hidayah sebelum mereka kembali kepada-Nya
cerita siapa nie?? sedih...
ReplyDeletesedihlah . .
ReplyDelete:'(
ReplyDeletesedih.......:(
ReplyDeletekisah benar ek?? sob,,sob,,,sob...:((
ReplyDeletemoga ditempatkan dalam kalangan org soleh
ReplyDelete